Posts

Showing posts from May, 2021

Hattan - Palestine

Image
Hattan - Palestin (2002) Album ini terhasil selepas Hattan tamat kontrak 3 tahun dengan Sony Music. Semua 10 lagu adalah berkisar tema perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis di Baitul Muqaddis. Ia di terbitkan bersama oleh M. Nasir dan Hattan sendiri. Dari 10 lagu dalam album ini 6 dicipta  oleh Sifu. 3 lagu dari Tam(2 lagu) dan Nafie Spider. Seperti biasa majoriti lirik di tulis oleh Arwah Loloq, Bob Lokman dan Syed Seth. Satu lagu sumbangan Ishmael M Shariff. Hattan juga telah merakam semula lagu “Suara Binasa” yang di petik dari filem “Selubung” (1992), ciptaan Shah Sharif dan lirik oleh pengarah terkenal Datuk Suhaimi Baba. Pemuzik yang terlibat merupakan pemuzik grade “A”. Semua anggota Spider terlibat secara aktif dalam penghasilan album ini. Sham Kamikaze, Man Kidal, Nafie (Gitar); Zul Mahat (Keyboard); Ujang Exists(Drums); JayJay,Tony Spider, Yantoi (Bass). Keseluruhan album dirakamkan dan di adun di Studio Ronggeng oleh Nafie Spider dan Rahmad Ayob. Rekaben

Sentuhan Hari Raya - Various Artist (1994) 1st Press. Label: BMG.

Image
- album Hari Raya terbitan M. Nasir. - di rakam dan di adun di Studio Ronggeng oleh Shanazron, Wan Rastari dan Izzat - melibatkan pemuzik hebat seperti Allahyarham Yazit (Drums); Jay Jay dan Salman (Bass); Firdaus Mahmud dan Zul Mahat (Keyboard/Organ); Eddie Marzuki (Programming); Aznan Alias (Guitar); Usop (Tambourine); Freshies dan Allahyarhamah Nana (Suara Latar). - konsep rekabentuk album ini oleh Tapa dan rekabentuk oleh Nizam Rahmat dan Boon. - fotografi cover album oleh A.D Ho. Nampak macam lukisan. - Lagu- lagu merupakan rakaman lagu baru dan rakaman semula lagu-lagu lama. - 3 buah lagu Al Jawaher dinyanyikan semula okeh Mamat (Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda), Ziana Zain (Kembara Di Tanah Gersang) dan Ramlah Ram (Selamat Hari Raya). - Ramlah Ram juga menyanyikan semula lagu dari kumpulan Ideal Sisters “Hari Raya Hari Bahagia”. - tajuk album “Sentuhan Hari Raya” merupakan lagu baru nyanyian Amy Search ciptaan M. Nasir/Loloq. - lagu popular dari album ini “Halaman Asmara” Awie/Zia

Hattan - Antem (1992) keluaran Produksi Karya Nusa dan WEA.

Image
Secara teknikal ini adalah album ke 3 Hattan jika diambil kira album Sangkar Terasing. Album terbitan M. Nasir ini dibantu oleh Hattan sebagai penolong. Terdapat 10 buah lagu di mana 9 lagu ciptaan M. Nasir dan satu lagu dari Ramli Sarip. Penulis lirik pula melibatkan Loloq, S. Amin Shahab, Arwah Arab dan Azam Dungun. Ia dirakam di King Studio. Ahli muzik pula terdiri dari Yazit, Sahar (drums), Rafi,Aznan Alias, Man Kidal dan Kid ( Gitar), Ari,Yantoi (Bass), Zul Mahat, Firdaus Mahmud (Keyboard) Banyak lagu yang menjadi hits dari album ini- Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih dan Hani. Tak lupa lagu “Kelentong Dol Hancing”  satu lagu “Fan Favourite” yang tak di siarkan di radio waktu itu. (Sekarang pun?😜) Fotografi untuk album ini oleh Arwah Man Toba. Ella pula bertindak sebagai back up singer untuk lagu “Hani” manakala Deanna Yusof dan M. Nasir untuk lagu “Mahligai Syahdu” CD ini amat di cari2 oleh kolektor CD Hattan. Ia tidak pernah di keluarkan semula. Untuk

Saleem - Maaf (1999). Label: WEA. Reissue (2016). Label: Warner Music Malaysia.

Image
- studio album solo pertama Allahyarham Saleem. - semasa masih dengan IKLIM beliau pernah merakamkan dua album solo tetapi merupakan nyanyian semula lagu-lagu hits Wan Zul dan M. Nasir. - album ini di terbitkan oleh Allahyarham Ruslan Mamat dan satu lagu terbitan Ajai (Juwita). - kebanyakan lagu di rakamkan di Studio RYR di Bandung, Indonesia dan  Pro Recording Studio, Cheras. Proses mixing di Channel 11. - lagu Juwita di rakamkan dan di adun di Studio Utusan Audio oleh Dot. - pemuzik terlibat, Tom dan Ujang (Drums); Mohalim dan Nasser Abu Kassim (Bass); Hillary Ang dan Along Exist (Guitar); Eddie Marzuki (Gitar Akustik); Agus Little & Ajai (Keyboards). - menurut inlay album, pemuzik di bawa ke Bandung untuk menjalani proses rakaman. - hampir sebahagian lagu-lagu didalam album ini adalah ciptaan komposer Indonesia. - rekabentuk album oleh Raskuz dan konsep oleh Tapa. - jurugambar Simon Chin. - lagu hit, “Juwita" merupakan ciptaan Ajai / A. Zaman. - ia merupakan sebuah album co