Sentuhan Hari Raya - Various Artist (1994) 1st Press. Label: BMG.
- album Hari Raya terbitan M. Nasir.
- di rakam dan di adun di Studio Ronggeng oleh Shanazron, Wan Rastari dan Izzat
- melibatkan pemuzik hebat seperti Allahyarham Yazit (Drums); Jay Jay dan Salman (Bass); Firdaus Mahmud dan Zul Mahat (Keyboard/Organ); Eddie Marzuki (Programming); Aznan Alias (Guitar); Usop (Tambourine); Freshies dan Allahyarhamah Nana (Suara Latar).
- konsep rekabentuk album ini oleh Tapa dan rekabentuk oleh Nizam Rahmat dan Boon.
- fotografi cover album oleh A.D Ho. Nampak macam lukisan.
- Lagu- lagu merupakan rakaman lagu baru dan rakaman semula lagu-lagu lama.
- 3 buah lagu Al Jawaher dinyanyikan semula okeh Mamat (Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda), Ziana Zain (Kembara Di Tanah Gersang) dan Ramlah Ram (Selamat Hari Raya).
- Ramlah Ram juga menyanyikan semula lagu dari kumpulan Ideal Sisters “Hari Raya Hari Bahagia”.
- tajuk album “Sentuhan Hari Raya” merupakan lagu baru nyanyian Amy Search ciptaan M. Nasir/Loloq.
- lagu popular dari album ini “Halaman Asmara” Awie/ZianaZain dan “Raya Yang Sempurna” oleh Awie.
- Lagu wajib M.Nasir “Suatu Hari Di Hari Raya” versi baru kali pertama termasuk dalam senarai 10 lagu dalam album ini. Programming untuk versi baru oleh Eddie Marzuki dan Seruling oleh Mohar.
- lagu lain yang rare adalah “Berhari Raya” dari Nico dan “Tari Lebaran” oleh Sheqal. Keduanya lagu ciptaan M. Nasir.
- di rilis semula pada tahun 1997 dengan cover yang berbeza tapi serabut bagi akuπ
- album ini ada dalam bentuk CD dan kaset. Kedua-dua format adalah langka.
- maklumat lanjut di discogs
https://www.discogs.com/release/8718029
Comments
Post a Comment