Posts

Showing posts from February, 2021

ALLEYCATS - 2001 (2000)

Image
Alleycats - 2001 (2000) Universal Music Malaysia. Album ini adalah merupakan album studio Bahasa Melayu yang ke 24 oleh Alleycats. Umum mengetahui bahawa pada peringkat awal pembabitan mereka, M. Nasir merupakan antara orang yang banyak membantu menaikkan nama Alleycats di persada seni tanahair. Bermula dari album pertama sifu telah bertindak menyumbangkan lagu dan lirik yang menjadi hits di samping menjadi pembantu penyanyi dan pembantu penerbitan album2 Alleycats. Namun setelah beberapa album pembabitan sifu telah beransur- ansur hilang hinggalah beliau membuat come back dgn menerbitkan album ini. M. Nasir bertindak sebagai penerbit dengan di bantu oleh Yantoi dan Tam Spider. Rakaman telah di buat di Studio Ronggeng. Sebanyak 10 buah lagu telah dicipta dimana 8 darinya adalah ciptaan M. Nasir. Satu lagu ciptaan Jayaraman dan satu lagi oleh Afni. Manakala lirik lagu sumbangan Loloq (3lagu), S. Amin Shahab (2 lagu), Keon, Seth dan Usop. Ishmael M Shariff menulis lirik

FISH - FISH (1998)

Image
Fish - Fish (1998) Warner Music Malaysia. Fish adalah merupakan sebuah kumpulan rock-alternatif. Penyanyi utama/Gitar kumpulan ini, Marlin Parabakaran merupakan seorang jurutera bunyi di Studio Ronggeng, milik Luncai Emas pada waktu itu. Anggota lain dalam kumpulan ini adalah Iskandar/Iskandar Azizul Rahman (Guitar); Jeffrey/Jeffrey Michael Royan (Bass); Joe/Joe Daniel Schubert (Drums). Album di terbitkan oleh Aznan Alias yang di bantu oleh kumpulan Fish. Nan juga bertindak sebagai gitarist undangan bersama dgn Firdaus Mahmud (Keyboards) Leman (Drums). Terdapat penampilan Arwah Kelly sebagai penyanyi latar untuk album ini. Rakaman dan adunan di buat di Twin Studio dan Synchrosound Studio oleh Ahmad “Dot” Razli. Cover/ inlay album menggunakan recycled paper. Konsep/rekabentuk oleh Tapa dan rekabentuk oleh Raskuz.  Fotografi oleh Simon Chin dengan penggambaran untuk album ini di buat di sekitar Planetarium Negara dan bukan di Stonehenge.😁 Selain album yang mengandungi