Posts

Showing posts from June, 2019

SIRI ALBUM LANGKA : AYATI TASRIP- KHAZANAH DARI MALAYA (1992)

Image
Dah lama tak menulis dalam blog sebab sibuk bekerja dan masa terluang banyak di gunakan untuk upload data album2 Melayu dalam discogs.com untuk di abadikan bagi tatapan generasi akan datang. Kali ni giliran album pop Melayu Ayati Tasrip. Album ini dikeluarkan pada tahun 1992 dan di terbitkan oleh Wan Zul, terbitan syarikat SCS. Album dirakamkan di King Studio dan melibatkan pemuzik yang hebat/ legend seperti Bong (bass), Gary Gideon (drums), Hillary Ang dan Mus Satira (guitar), Ramli M.S., Kudin Headwind, Zul Mahat, Celestino (Keyboard) Lagu-lagu yang hit semestinya Khazanah Dari Malaya dan Pulau Kasih Kota Impian, lagu-lagu yang selalu di mainkan di corong2 radio ketika itu. Album ini merupakan album kedua Ayati Tasrip tapi yang pertama dalam bentuk CD. Beliau memiliki suara yang lantang dan tajam dan agak sesuai untuk lagu irama Pop-rock. Namun untuk album seterusnya selepas itu genrenya bertukar kepada dangdut. Lagu yang istimewa dalam album ni bagi aku tentulah Semini