Hattan - Palestine


Hattan - Palestin (2002)

Album ini terhasil selepas Hattan tamat kontrak 3 tahun dengan Sony Music.
Semua 10 lagu adalah berkisar tema perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis di Baitul Muqaddis. Ia di terbitkan bersama oleh M. Nasir dan Hattan sendiri.

Dari 10 lagu dalam album ini 6 dicipta  oleh Sifu. 3 lagu dari Tam(2 lagu) dan Nafie Spider.

Seperti biasa majoriti lirik di tulis oleh Arwah Loloq, Bob Lokman dan Syed Seth. Satu lagu sumbangan Ishmael M Shariff.

Hattan juga telah merakam semula lagu “Suara Binasa” yang di petik dari filem “Selubung” (1992), ciptaan Shah Sharif dan lirik oleh pengarah terkenal Datuk Suhaimi Baba.

Pemuzik yang terlibat merupakan pemuzik grade “A”. Semua anggota Spider terlibat secara aktif dalam penghasilan album ini. Sham Kamikaze, Man Kidal, Nafie (Gitar); Zul Mahat (Keyboard); Ujang Exists(Drums); JayJay,Tony Spider, Yantoi (Bass).

Keseluruhan album dirakamkan dan di adun di Studio Ronggeng oleh Nafie Spider dan Rahmad Ayob.

Rekabentuk album dan fotografi oleh Arwah Jalil Ngah. Contengan di muka Hattan itu adalah lirik lagu "Palestin Jangan Menangis"

Album ini hanya wujud dalam bentuk CD. Ia di edarkan di kedai2 buku atau dan hanya melalui sessi pertemuan dengan peminat. Amat sukar mendapatkan album ini dikedai muzik.

Pada waktu itu ia hanya di jual dengan harga RM16.90. Hattan ingin membuktikan bahawa harga CD sebenarnya boleh dijual dengan harga yang murah. Pembeli akan mendapat sekeping CD dan booklet yang mengandungi tulisan mengenai perjuangan Palestin serta lirik lagu.

Adalah di laporkan dalam akhbar bahawa RM1 akan didermakan kepada Hospital di Baitul Muqaddis.

Album ini bolehlah di anggap sebagai sebuah “lost album” kerana agak sukar untuk mendapatkannya sekarang. Lagu-lagu dari album ini juga jarang di dengar kecuali di Youtube.

Untuk maklumat yang lebih detail boleh ke discogs

https://www.discogs.com/Hattan-Palestine/release/9087260

Untuk mendengar lagu dari album ini boleh ke Youtube

https://youtu.be/Wa_ybeh5pO4

#nowyouknow
























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)