Posts

Showing posts from June, 2021

Dato Shake - Sebelum Kau (1994). Label: Sony Music.

Image
  - album “Sebelum Kau” adalah album Melayu ke-7 beliau. - album ini di terbitkan oleh Arwah Johan Abdullah @ JP. - rakaman album di buat di Booty Boys dan Prima Studio oleh  Stone, Is, Jay Jay dan Wayne. - pemuzik yang terlibat adalah Mus Satira (Guitar); Johari Teh (Guitar Akustik); Surya Booty ( Bass, Percussion, Saxophone); Jarijaffar Jari (Saxaphone) dan Arwah JP (Keyboard/Piano). - suara latar oleh Hasnol, Ning Baizura dan Kamal. - kerja kerja programming dan susunan muzik semuanya oleh JP. Malah album ini boleh dikatakan album kolaborasi antara beliau dan Dato Shake. - rekabentuk album oleh Arwah Jalil Ngah dan Simon Kok. - Dato Shake mula meletup pada tahun 1983 dengan album “Kau Bungaku” terbitan Ahmad Nawab di bawah label MRC. - beliau kemudiannya berhijrah ke syarikat antarabangsa WEA dan di sana menghasilan 4 buah album. Setelah itu beliau menghasilkan sebuah album dengan PMC. - album ini adalah terbitan syarikat Kemas Pasti Sdn Bhd. dan di edarkan oleh Sony Music. - inilah

Tribute Ramli Sarip - Ikhlas Daripada Jamal, Imi, M.Nasir, Poe, Iwan, Dessy, Iklim, Hattan, Jay-Jay, Nora, Maman, Baba, Emma (1994). Label: WEA.

Image
  - album tribute dengan 12 lagu rakaman baru lagu-lagu popular ciptaan dan nyanyian Ramli Sarip. - majoriti artis adalah di bawah label Warner Music dengan M. Nasir dan Imi Phewiitt! sebagai artis jemputan dari BMG. - penerbit album adalah Razman sementara  susunan lagu oleh Razman dan Firdaus Mahmud kecuali lagu “Restu Yang Abadi” oleh Greg Henderson. - Nasser Abu Kassim bertindak sebagai Penerbit Eksekutif dan juga terlibat sebagai pemain bass/ backing vokal majoriti lagu-lagu dalam album ini. - Ketukkan drum dari Zahid Ahmad boleh di dengar dalam 6 dari 12 lagu dalam album ini. - Firdaus bermain keyboard dalam 8 lagu.  - permulaan album oleh Dessy Fitri yang membawakan lagu “Istilah Bercinta” dengan nada tinggi memang terbaik. - Imi Phewitt! menyampaikan lagu “Teratai” sambil di iringi petikan gitar Kid Search. - selain Kid, Guitar hero yang telibat adalah Nan Aidit Alfian dan Shahrul Ekamatra. - pemilihan lagu dan artis yang di pilih amatlah kena dan tepat. Setiapa artis berjaya m