Posts

Image
SHEQAL - CAHAYA (1994) BMG.



Album ini merupakan album ketiga Sheqal, setelah kedua2 album sebelum ini di terbitkan oleh Manan Ngah dengan berkonsepkan Balada Nusantara.

Album yang berkonsepkan pop-ethnic ini di terbitkan oleh M.Nasir (6 lagu) dan Sheqal sendiri (5 lagu).

Sheqal di bantu oleh Isabella Pek, seorang pensyarah muzik berbangsa Cina dalam membuat susunan lagu. Firdaus Mahmud bertindak sebagai arranger untuk 4 buah lagu.

Di dalam album ini Sheqal sendiri telah mencipta 4 buah lagu. Komposer lain adalah M. Nasir dan Zubir Ali.

Sebuah lagu ciptaan Wan Rastari dan Loloq berjudul “”Mahameru” telah dinyanyikan semula oleh Sheqal. Lagu ini pernah di rakamkan oleh kumpulan Rastari pada tahun 1991.

Album ini telah dirakamkan di Studio Ronggeng dan Studio Booty Boys oleh Wan Rastari dan Alfa Booty. Adunan muzik di buat oleh Wan dan Mr Loh Swee Fa.

Pemuzik sessionist yang hebat2 turut terlibat di dalam album ini. Gary Gideon, Yazit Search, Purnama Booty dan Sahar Lovehunters (Drums); …

HATTAN - ANA PERMATA TIMUR (1993).

Image
HATTAN - ANA PERMATA TIMUR  (1993).  Label WEA




Setelah kejayaan album Antem (1992), beliau terus merakamkan album ini, yang masih mengekalkan M.Nasir sebagai penerbit dan Wan Rastari bersama Firdaus Mahmud bertindak sebagai penerbit bersama.

Semua 10 buah lagu didalam album ini di cipta oleh M.Nasir manakala liriknya pula  di tulis oleh Arwah Rosli Khamis dengan menggunakan nama-nama samaran, Loloq, Kristo Bimbo dan Nurbisa. Selain dari itu beberapa buah lirik dii tulis oleh Bob Lokman dan Usop.

Pemuzik hebat yang terlibat adalah Firdaus dan Zul Mahat (Keyboard); Jay Jay dan Salman Shariff (Bass);Arwah Samad dan Rafi (Guitar); Gary Gideon dan Mohd Nor (Drums)

Rekabentuk kulit album oleh Arwah Jalil Ngah (J. Nagoya).

Lagu2 yang hits dan menarik seperti Rona-Rona Cinta, “Malam Yang Panjang, “Ana Permata Timur”, “Sin City” dan “Hujan Berapi Banjaran Asia Minor”.

CD ini tidak pernah di keluarkan semula dan dalam kategori rare.

Untuk maklumat yang lebih lengkap bolehlah layari discogs.

ht…

SIRI ALBUM LANGKA : AYATI TASRIP- KHAZANAH DARI MALAYA (1992)

Image
Dah lama tak menulis dalam blog sebab sibuk bekerja dan masa terluang banyak di gunakan untuk upload data album2 Melayu dalam discogs.com untuk di abadikan bagi tatapan generasi akan datang.



Kali ni giliran album pop Melayu Ayati Tasrip. Album ini dikeluarkan pada tahun 1992 dan di terbitkan oleh Wan Zul, terbitan syarikat SCS. Album dirakamkan di King Studio dan melibatkan pemuzik yang hebat/ legend seperti Bong (bass), Gary Gideon (drums), Hillary Ang dan Mus Satira (guitar), Ramli M.S., Kudin Headwind, Zul Mahat, Celestino (Keyboard)

Lagu-lagu yang hit semestinya Khazanah Dari Malaya dan Pulau Kasih Kota Impian, lagu-lagu yang selalu di mainkan di corong2 radio ketika itu. Album ini merupakan album kedua Ayati Tasrip tapi yang pertama dalam bentuk CD. Beliau memiliki suara yang lantang dan tajam dan agak sesuai untuk lagu irama Pop-rock. Namun untuk album seterusnya selepas itu genrenya bertukar kepada dangdut. Lagu yang istimewa dalam album ni bagi aku tentulah Seminit Denganmu c…

SIRI ALBUM LANGKA: NURADEE , TEKAD (1992)

Image
Artis-artis Melayu yang muncul dari selatan, khususnya dari Johor dan Singapura banyak mempengaruhi senario dan trend muzik di dalam negara kita. Tahun 1992 muncul dua kumpulan dari Singapura yang mempengaruhi irama muzik semasa melalui lagu- lagu dan lirik-lirik yang mempunyai mesej yang kuat jiwa Melayunya iaitu Rausyanfikir dan Nuradee.








Mungkin ramai peminat muzik sudah jarang mendengar lagu-lagu mereka di mainkan di corong-corong radio tetapi pada zaman itu, lagu-lagu mereka berkumandang di mana-mana.

Nuradee adalah kumpulan duo vokal berharmoni yang terdiri dari dua orang adik beradik.
Dalam album sulung berjudul "Tekad" ini terdapat 10 buah lagu yang mana 4 darinya adalah lagu puisi yang diangkat dari karya sasterawan Mohd Latif Mohd, Kemala, Usman Awang dan A. Ghani Hamid. Semua lagu adalah ciptaan mereka sendiri dan di bantu oleh "The Great "Eddie Marzuki, seorang pemuzik Melayu dari kota Singa yang low profile, walaupun sebenarnya jasa beliau dalam perkem…
Image
Siri Perbandingan Tak Ada Faedah 
ELLA USA -GOLD CD (1994) Vs ELLA USA - 24 BIT LIMITED GOLD EDITION (2018) 



Demam CD limited gold edition, makin menjadi-jadi. Terbaru, dengar khabarnya, semua album2 Ella dan Ramli Sarip akan di keluarkan dlm bentuk gold disc. Siapkanlah duit masing2.

Album Ella USA ini setakat yang terdapat dalam discogs ada 8 versi, termasuk kaset, CD biasa, gold dan promo. Untuk maklumat lanjut boleh check di sini

https://www.discogs.com/Ella-Ella-USA/master/782101


Tapi yang menariknya kali ini, setiap album akan menjalani proses remastering. Jadi amat berbaloi untuk penggemar dan pengumpul muzik, untuk mendapatkan versi terbaru ini kerana selain dari CD emas (bukan CD kuning taik gigi), kita juga akan mendapat bunyi yang berbeza dari versi2 sebelum ini.

Sama ada bunyi akan jadi lebih baik atau sebaliknya, sekurang-kurangnya kita taklah merasa di tipu oleh syarikat dengan bunyi yang sama. Salut atas usaha meningkatkan kualiti bunyi ini.

Dulu keluaran EMI tapi sekaran…
Image
SIRI ALBUM LANGKA :  LOGA - BUMI (1994)

Satu-satunya album solo mendiang Loga yang di keluarkan pada zaman populariti Alleycats mula menurun. Alleycats yang popular di awal tahun 80an mula menurun popularitinya di awal 90an.

Dalam album ini terdapat 6 buah lagu dimana satu lagu adalah nyanyian semula (Jika Kau Bercinta Lagi yang asalnya dari album Melayu pertama Alleycat tahun 1979) dan 5 lagi lagu baru. Jadi album ini boleh di kategorikan sebagai sebuah mini album.

Pada waktu yang sama juga David Arumugam juga ada mengeluarkan sebuah mini album dengan 5 lagu yang berjudul Segarkan Cinta Kita. Agaknya strategi syarikat pada waktu tu untuk pisahkan mereka kerana dalam album Alleycats sebelum ini pun biasanya mereka akan bergilir2 untuk menyanyi.


Artwork album ini memang sangat menarik. Berkonsepkan alam semulajadi, ala-ala earth tone, di reka oleh Team, seorang pereka grafik untuk kebanyakan album2 keluaran Polygram pada ketika itu.









Terdapat 6 buah lagu yang mana 4 lagu di cipta oleh p…