Hattan - Antem (1992) keluaran Produksi Karya Nusa dan WEA.




Secara teknikal ini adalah album ke 3 Hattan jika diambil kira album Sangkar Terasing.

Album terbitan M. Nasir ini dibantu oleh Hattan sebagai penolong. Terdapat 10 buah lagu di mana 9 lagu ciptaan M. Nasir dan satu lagu dari Ramli Sarip. Penulis lirik pula melibatkan Loloq, S. Amin Shahab, Arwah Arab dan Azam Dungun. Ia dirakam di King Studio.

Ahli muzik pula terdiri dari Yazit, Sahar (drums), Rafi,Aznan Alias, Man Kidal dan Kid ( Gitar), Ari,Yantoi (Bass), Zul Mahat, Firdaus Mahmud (Keyboard)

Banyak lagu yang menjadi hits dari album ini- Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih dan Hani. Tak lupa lagu “Kelentong Dol Hancing”  satu lagu “Fan Favourite” yang tak di siarkan di radio waktu itu. (Sekarang pun?😜)

Fotografi untuk album ini oleh Arwah Man Toba.

Ella pula bertindak sebagai back up singer untuk lagu “Hani” manakala Deanna Yusof dan M. Nasir untuk lagu “Mahligai Syahdu”

CD ini amat di cari2 oleh kolektor CD Hattan. Ia tidak pernah di keluarkan semula.

Untuk maklumat lebih detail boleh layari
https://www.discogs.com/Hattan-Antem/release/10169067

#nowyouknow






















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)