Posts

Showing posts from March, 2018
Image
Siri Perbandingan Tak Ada Faedah  ELLA USA -GOLD CD (1994) Vs ELLA USA - 24 BIT LIMITED GOLD EDITION (2018)  Demam CD limited gold edition, makin menjadi-jadi. Terbaru, dengar khabarnya, semua album2 Ella dan Ramli Sarip akan di keluarkan dlm bentuk gold disc. Siapkanlah duit masing2. Album Ella USA ini setakat yang terdapat dalam discogs ada 8 versi, termasuk kaset, CD biasa, gold dan promo. Untuk maklumat lanjut boleh check di sini https://www.discogs.com/Ella-Ella-USA/master/782101 Tapi yang menariknya kali ini, setiap album akan menjalani proses remastering. Jadi amat berbaloi untuk penggemar dan pengumpul muzik, untuk mendapatkan versi terbaru ini kerana selain dari CD emas (bukan CD kuning taik gigi), kita juga akan mendapat bunyi yang berbeza dari versi2 sebelum ini. Sama ada bunyi akan jadi lebih baik atau sebaliknya, sekurang-kurangnya kita taklah merasa di tipu oleh syarikat dengan bunyi yang sama. Salut atas usaha meningkatkan kualiti bunyi ini. Dulu kelu