Saleem - Maaf (1999). Label: WEA. Reissue (2016). Label: Warner Music Malaysia.





- studio album solo pertama Allahyarham Saleem.

- semasa masih dengan IKLIM beliau pernah merakamkan dua album solo tetapi merupakan nyanyian semula lagu-lagu hits Wan Zul dan M. Nasir.

- album ini di terbitkan oleh Allahyarham Ruslan Mamat dan satu lagu terbitan Ajai (Juwita).

- kebanyakan lagu di rakamkan di Studio RYR di Bandung, Indonesia dan  Pro Recording Studio, Cheras. Proses mixing di Channel 11.

- lagu Juwita di rakamkan dan di adun di Studio Utusan Audio oleh Dot.

- pemuzik terlibat, Tom dan Ujang (Drums); Mohalim dan Nasser Abu Kassim (Bass); Hillary Ang dan Along Exist (Guitar); Eddie Marzuki (Gitar Akustik); Agus Little & Ajai (Keyboards).

- menurut inlay album, pemuzik di bawa ke Bandung untuk menjalani proses rakaman.

- hampir sebahagian lagu-lagu didalam album ini adalah ciptaan komposer Indonesia.

- rekabentuk album oleh Raskuz dan konsep oleh Tapa.

- jurugambar Simon Chin.

- lagu hit, “Juwita" merupakan ciptaan Ajai / A. Zaman.

- ia merupakan sebuah album comeback setelah tercalarnya imej beliau akibat penyalahgunaan dadah dan secara simboliknya kebanyakan lagu ini menceritakan tentang kekesalannya terutama dalam lagu "Maaf".

- album ini berjaya menambat hati peminat menerima semula beliau dalam arena seni tanahair. 

- suara Saleem begitu serak dan berkerak dalam album ini.

- di rilis dalam format CD dan kaset.

- pada awalnya CD agak langka tapi pada tahun 2016 album ini telah di cetak semula.

- walaubagaimanapun perbezaan logo dari WEA kepada Warner Muzik dapat membezakan kedua2 rilisan tersebut.

- terdapat juga perbezaan pada font tulisan dan cetakan warna yang kurang tajam jika di bandingkan dengan cetakan pertama.

- maklumat lanjut di discogs.

https://www.discogs.com/Saleem-Maaf/release/

















Comments

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)