Posts

Showing posts from April, 2018

SIRI ALBUM LANGKA: NURADEE , TEKAD (1992)

Image
Artis-artis Melayu yang muncul dari selatan, khususnya dari Johor dan Singapura banyak mempengaruhi senario dan trend muzik di dalam negara kita. Tahun 1992 muncul dua kumpulan dari Singapura yang mempengaruhi irama muzik semasa melalui lagu- lagu dan lirik-lirik yang mempunyai mesej yang kuat jiwa Melayunya iaitu Rausyanfikir dan Nuradee. Mungkin ramai peminat muzik sudah jarang mendengar lagu-lagu mereka di mainkan di corong-corong radio tetapi pada zaman itu, lagu-lagu mereka berkumandang di mana-mana. Nuradee adalah kumpulan duo vokal berharmoni yang terdiri dari dua orang adik beradik. Dalam album sulung berjudul "Tekad" ini terdapat 10 buah lagu yang mana 4 darinya adalah lagu puisi yang diangkat dari karya sasterawan Mohd Latif Mohd, Kemala, Usman Awang dan A. Ghani Hamid. Semua lagu adalah ciptaan mereka sendiri dan di bantu oleh "The Great "Eddie Marzuki, seorang pemuzik Melayu dari kota Singa yang low profile, walaupun sebenarny