Tribute Ramli Sarip - Ikhlas Daripada Jamal, Imi, M.Nasir, Poe, Iwan, Dessy, Iklim, Hattan, Jay-Jay, Nora, Maman, Baba, Emma (1994). Label: WEA.

 



- album tribute dengan 12 lagu rakaman baru lagu-lagu popular ciptaan dan nyanyian Ramli Sarip.

- majoriti artis adalah di bawah label Warner Music dengan M. Nasir dan Imi Phewiitt! sebagai artis jemputan dari BMG.

- penerbit album adalah Razman sementara  susunan lagu oleh Razman dan Firdaus Mahmud kecuali lagu “Restu Yang Abadi” oleh Greg Henderson.

- Nasser Abu Kassim bertindak sebagai Penerbit Eksekutif dan juga terlibat sebagai pemain bass/ backing vokal majoriti lagu-lagu dalam album ini.

- Ketukkan drum dari Zahid Ahmad boleh di dengar dalam 6 dari 12 lagu dalam album ini.

- Firdaus bermain keyboard dalam 8 lagu. 

- permulaan album oleh Dessy Fitri yang membawakan lagu “Istilah Bercinta” dengan nada tinggi memang terbaik.

- Imi Phewitt! menyampaikan lagu “Teratai” sambil di iringi petikan gitar Kid Search.

- selain Kid, Guitar hero yang telibat adalah Nan Aidit Alfian dan Shahrul Ekamatra.

- pemilihan lagu dan artis yang di pilih amatlah kena dan tepat. Setiapa artis berjaya membuatkan lagu - lagu tersebut seperti lagu kepunyaan mereka sendiri.

- penyampaian dan permainan setiap pemuzik berjaya menyaingi versi asal lagu. 

- Kesemua 12 lagu memang outstanding dan susah nak pilih lagu feberat.

- album dirakamkan di Booty Boys Studio oleh Dot. Mixing oleh Dot dan Steward Day, jurutera yang juga terlibat dalam album Bazooka Penaka Wings.

- konsep rekabentuk oleh Tapa, rekabentuk oleh Boon dan illustrasi oleh Mohd Foad Hassan.

- design album ini antara design paling cantik bagi aku di Malaysia. Personal Favourite🤟

- kedua CD dan kaset ini adalah langka. Kalau jumpa mana2 orang jual, kejam mata beli sajalah. Priceless.

- tak mudah untuk album ini di rilis semula kerana membabitkan artis syarikat lain. 

- inlay CD adalah dalam bentuk booklet 16 mukasurat manakala kaset pula merupakan sekeping kertas di lipat. Keduanya di sertakan dengan kertas lirik yang disertakan berasingan. ( boleh rujuk gambar).

- sayang sungguh kerana album ini tiada dalam streaming services.


Tracklist dan senarai pemuzik yang terlibat:

1 Dessy Fitri - Istilah Bercinta

Composed By – Ramli Sarip

Lyrics By – N. Nizar


Drums – Zahid Ahmad

Guitar – Fauzi (2), Shahrul Ekamatra

Bass – Nasser Abu Kassim

Keyboards – Firdaus

Saxophone – Greg Henderson


2 M. Nasir - Jikalau Berkasih

Composed By – Ramli Sarip

Lyrics By – S. Amin Shahab


Drums – Zahid Ahmad

Guitar – Nan 

Keyboards – Firdaus 

Bass, Percussion – Nasser Abu Kassim


3 Iwan - Bukan Kerana Nama

Songwriter – Bakri Johari


Bass – Nasser Abu Kassim

Drums – Zahid Ahmad

Guitar – Nan 

Keyboards – Firdaus 


4 Poe - Berjalan Malam

Composed By, Lyrics By – A. Hussaini Ajmain


Drums – Zahid Ahmad

Bass – Nasser Abu Kassim

Guitar – Nan

Keyboards – Firdaus 


5 Jamal - Restu Yang Abadi

Composed By – Ramli Sarip

Lyrics By – Hartinah Ahmad


Bass – Nasser Abu Kassim

Drums – Sean 

Guitar – Farid

Percussion – Nizam 

Saxophone – Greg Henderson 


6 Imi Phewitt - Teratai


Bass – Nasser Abu Kassim

Drums – Zahid Ahmad

Guitar – Kid Search

Keyboards – Firdaus


7 Baba - Manusia Dengan ABC

Composed By – Rosli Mohalim

Composed By, Lyrics By – Ramli Sarip


Drums – Beb 

Guitar – Aidit 

Bass – Aub

Vocals - Badar Fawzy


8 Maman Teacher's Pet, Nora - Ku Miliki Bayangmu

Composed By, Lyrics By – Noorsham M. Salleh Khan


Drums – Zahid Ahmad

Guitar – Nan & Shahrul Ekamatara

Keyboards – Firdaus 


9 Emma - Budaya

Composed By – Ramli Sarip

Lyrics By – Bob Lokman


Drums – Elly 

Guitar – Lee 

Bass – Bob


10 Jay Jay - Kasih

Composed By – Ramli Sarip

Lyrics By – Bob Lokman


Bass – Nasser Abu Kassim

Guitar – Shahrul Ekamatra

Keyboards – Razman

Piano – Ross Ariffin


11 Hattan - Di Tahun 2000

Composed By – Sweet Charity

Lyrics By – S. Milda


Drums – Sean 

Bass – Nasser Abu Kassim

Guitar – Aidit & Shahrul Ekamatra

Keyboards – Firdaus 

Percussion – Nizam 

Saxophone – Greg Henderson 


12 Iklim - Datang & Pergi

Composed By – Ramli Sarip

Lyrics By – Rosli Mohalim


Musician – Iklim


- maklumat lanjut ada di discogs.


https://www.discogs.com/Ramli-Sarip-Various-Tribute-Ikhlas-Daripada/release/10169218






























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)