Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)



Saudagar Mimpi...album solo ketiga M.Nasir ( termasuk album Untuk Pencinta Seni yang menggunakan nama Mohamad M.N.), telah dikeluarkan semula dalam bentuk CD "gold disc limited edition"

Ini adalah kali ketiga album ini dikeluarkan dalam bentuk CD. Kali pertama dalam tahun 1992 oleh BMG Music, kemudian di antara 2004-2008 oleh label SonyBMG.

Keluaran kali ini adalah di bawah label Sony Music dan diedarkan oleh PMP Music Enterteinment.


Perbezaan dari segi logo. Sony BMG (tengah) tanpa logo.
Printing ketiga2 cover terang. Kertas pun bagus.Tak banyak yg boleh komen. Kalau nak buang hologram tu pun ok jugak, tapi sticker limited edition tu, kenalah simpan, kalau tak orang tak tau benda tu cetak 500 jer( biasanya laa ๐Ÿ˜)
Tapi sticker tu spoil sebab guna Engllish berterabur. Korang bacalah sendiri. Grammar salah. Kalau tak nampak memang kena masuk kelas English la๐Ÿ˜Š


Versi limited edition dengan inlay lipat tiga(bawah sekali)


Harus di puji sebab inlay kali ni lipat tiga. Yang 1st press pun cincai lipat 2 dengan lirik kecik, kesian orang tua mata rabun nak menyanyi lagu M. Nasir ikut lirik pun susah(akulah tu)๐Ÿ˜Š


Artwork macam mata tu dah tak terpenyek. Info teknikal pun dah complete. SonyBMG ada deletekan info.

Kat tray CD pun dah ada artwork. Taklah putih kosong macam 2nd press.
Sekarang kat tray CD ada artwork.

Perubahan ketara gold disc dan logo company. Tapi sesiapa yang tahu pasal kod IFPI boleh tau beza antara CD2 ni.
Artwork pada CD sama kecuali logo syarikat yang di tukar dan tulisan Saudagar Mimpi pun dah jadi merah. Benda dah ok. Takyah lah ubah.


Pandangan sisi...versi gold disc lagi cun(bawah sekali)..dah ada artwork.




Publishing rights untuk album Saudagar Mimpi ni nampaknya dah bertukar tangan kepada Luncai Emas sebab dulu2 hakmilik terletak pada BMG atau SonyBMG. Alhamdulillah kalau karya ini berbalik semula pada yang empunya, jangan jadi macam lagu2 Arwah P. Ramlee.


Kesimpulannya

Versi limited edition adalah versi terbaik untuk di miliki walaupun tiada perubahan dari segi audio.

Setting bunyi untuk CD2 lama tahun awal 90an memang biasanya di tetapkan pada tahap rendah. Terpaksalah di pasang kuat sikit. Sayang betul. Patutnya kasi ubahlah sikit macam reissue 3 album terawal Search....hmmm

Kalau nak cari 1st press jugak, mmg harga Yahudi laa...so sesiapa yang tak beli lagi bolehlah dapatkan dari seller2 kesayangan.

Di bawah ni ada link untuk ketiga2 CD ni dan versi kaset, kalau nak maklumat lebih terperinci

https://www.discogs.com/M-Nasir-Saudagar-Mimpi/master/884122

Comments

  1. "Kesayangan" tu sebut slow sikit doc..hahah.tq info detail ketiga2 press.ni yg aceh syg ni..haha

    ReplyDelete
  2. berdasarkan gambar2 ni...aku punya yang 2nd press...

    ReplyDelete
  3. Album kesukaan saya ni!
    Perbandingan yang baik Doc.
    Izinkan saya tumpang letak link entry ini di entry prahara Seni yer.... :)

    ReplyDelete
  4. wow, baru memang kemas! pernah beli dulu tapi dah hadiahkan kat kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...lupakan 1st press kalau mahal..berbaloi yg baru

      Delete
  5. aku tak pernah memliliki album ni, so maybe now is the right time.. thank you for the superb analysis of the cds.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)