SIRI ALBUM LANGKA: NURADEE , TEKAD (1992)


Artis-artis Melayu yang muncul dari selatan, khususnya dari Johor dan Singapura banyak mempengaruhi senario dan trend muzik di dalam negara kita. Tahun 1992 muncul dua kumpulan dari Singapura yang mempengaruhi irama muzik semasa melalui lagu- lagu dan lirik-lirik yang mempunyai mesej yang kuat jiwa Melayunya iaitu Rausyanfikir dan Nuradee.








Mungkin ramai peminat muzik sudah jarang mendengar lagu-lagu mereka di mainkan di corong-corong radio tetapi pada zaman itu, lagu-lagu mereka berkumandang di mana-mana.

Nuradee adalah kumpulan duo vokal berharmoni yang terdiri dari dua orang adik beradik.
Dalam album sulung berjudul "Tekad" ini terdapat 10 buah lagu yang mana 4 darinya adalah lagu puisi yang diangkat dari karya sasterawan Mohd Latif Mohd, Kemala, Usman Awang dan A. Ghani Hamid. Semua lagu adalah ciptaan mereka sendiri dan di bantu oleh "The Great "Eddie Marzuki, seorang pemuzik Melayu dari kota Singa yang low profile, walaupun sebenarnya jasa beliau dalam perkembangan muzik Melayu moden cukup besar pengaruhnya.

TracklistHide Credits

1Aku Yang Masih
Songwriter – Nuradee


2Tekad
Lyrics By – Mohd Latif MohdMusic By – Nuradee

3Menatap Danube Biru
Lyrics By – Kemala (2)Music By – Nuradee

4Gurindam Pusaka
Songwriter – Nuradee

5Ke Makam Bonda
Lyrics By – Usman AwangMusic By – Nuradee

6Alam Ini Kami Punya
Lyrics By – A. Ghani HamidMusic By – Nuradee
7Nyanyian Rindu
Songwriter – Nuradee

8Di Manakah Hak Mereka?
Songwriter – Nuradee
9Samirah (Gadis Jawa Dari Sumatra)
Songwriter – Nuradee
10O-Pagi
Songwriter – Nuradee
Untuk maklumat terperinci boleh ke laman discogs.

NURADEE - TEKAD (1992)  klik sini.


Para pemuzik yang terlibat juga bukan calang2, Hillary Ang dan Nicky Oii (Headwind) ada memberi sumbangan dalam album ini. Album ini uniknya di terbitkan oleh Martin Tang, seorang produser berbangsa Cina.

Secara peribadi semua 10 lagu dalam album ini memang sangat sedap, all killer, no filler album. Peminat lagu-lagu puisi pasti akan menggemarinya. Alunan suara harmoni dua beradik ini sangat baik. Album debut terbaik dan harus di dengar oleh peminat muzik melayu.



Album ini di keluarkan dalam format kaset dan CD. Keluaran dalam bentuk CD susah untuk di cari kerana tahun 1992, format tersebut baru mula popular di Malaysia. Jadi kalau jumpa dengan harga murah, cepat2 rembat. Ikut nasihat Sajat...' Cepaattt...cepattt...jangan lambat-lambattttt..."😂

Comments

  1. memang best album ni...masterpiece! Untung la sapa yang ada cd dia...nak harap reissue memang takder can la kot....

    ReplyDelete
  2. Penah la member serumah dulu beli kaset dia.mmg ok la lagu2 dia.

    ReplyDelete
  3. Lagi satu album dr.wan zawawi yg tajuk dia dayung tu.ada tak doc?kalo ada kasi tampal sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada duet dgn nuradee lagu pengembara cinta..tp takder dlm youtube😊

      Delete
  4. https://www.discogs.com/dr-Wan-Dayung/release/7783068

    ReplyDelete
  5. Mereka ada restaurant di Taman Perling Johor Bahru,
    Lunak Rasa. Kalau tak silap setiap malam Jumaat,Sabtu dan Ahad mereka Alan jamming disitu.. Check it out.

    https://mobile.facebook.com/pages/Restoran-Lunak-Rasa/133491220532400?_rdc=1&_rdr&refsrc=https%3A%2F%2Fm.facebook.com%2Fpages%2FRestoran-Lunak-Rasa%2F133491220532400

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..thanks..dah tau..ada pernah berhubung thru FB...cuma tak ada masa nak ke sana...mereka pun masih aktif menyanyi keliling Johor

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)