Wings - Terunggul (2004). Label: Power Records / Fly-Wings Sdn Bhd.







- sebuah album kompilasi yang memuatkan lagu hits terbaik sepanjang karier mereka. #theblackalbum

- memuatkan 24 buah lagu dalam 2 cakera padat.

- lagu-lagu yang di gunakan dalam album ini di ambil dari album- album “Teori Domino”, “Best Of Wings”, “Jerangkung Dalam Almari”, “Bazooka Penaka”, “Orang Asing” dan “Biru Mata Hitamku”.

- istimewanya album ini kerana memuatkan sebuah lagu yang belum pernah di rilis iaitu “Cinta Seusia Kita” ciptaan Jo Branko dan lirik oleh Ishmael M Shariff.

- lagu tersebut setakat ini hanya wujud dalam album ini dan sebuah koleksi “Balada Rock”, juga keluaran Power Records.

- lagu-lagu dari zaman “Belenggu Irama” dan “Hukum Karma” di ambil dari album “Best Of Wings” iaitu versi rakaman semula.

- Power Records merupakan sebuah syarikat tempatan yang aktif menghasilkan album dari tahun 2004 sehinggalah 2007.

- dalam waktu itu mereka sempat menghasilkan album/ projek yang menarik seperti “Semangat Zaman” 1 dan 2.

- selain dari itu album kompilasi ini disertakan sebuah booklet 12 mukasurat yang terdapat penulisan ringkas tentang sejarah Wings di tulis oleh Eduard Kahlil.

- konsep album dan design oleh Jean Lau dan Joey Yan.

- album ini wujud dalam bentuk CD dan kaset dan agak langka.

- dihasilkan dalam kotak panjang DVD dan kotak slipcase.

- untuk maklumat lanjut di discogs.


https://www.discogs.com/Wings-Terunggul/release/2631133







Comments

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)