Herman Tino - Persimpangan (1987). Label: ASP(Antartic Sound Production).



- album solo ke 5 beliau tetapi album pertama dengan label baru setelah menghasilkan 4 album studio dengan EMI.

- album ini adalah terbitan Allahyarham Kesuma Booty di Booty Boys Studio.

- susunan lagu oleh Booty Boys, Herman Tino dan Johari Salleh.

- ternyata lagu-lagu dalam album ini berbeza dari album sebelumnya yang kebanyakannya hasil kerja dari komposer S. Atan.

- banyak lagu-lagu sedap dalam album ini dan yang paling kontroversi tentulah lagu nyanyian semula “Juwita (HampirKhilaf)- Untuk Dewasa Sahaja”.Lagu asal oleh Doel Sumbang. 

- Beliau berduet dengan Liza Aziz dalam lagu “Terpisah Juga Kerana Lautan”.

- seperti biasa album Kang Herman akan dimuatkan dengan satu lagu dalam bahasa Jawa, “Rono Rene Dewe”.

- tiada maklumat tentang pemuzik yang terlibat, sememangnya album2 tahun 80an jarang memberikan butiran terperinci tentang pemuzik yang terlibat. 

Untuk maklumat lanjut di discogs.

https://www.discogs.com/Herman-Tino-Persimpangan/release/9414869
















Comments

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)