SHEQAL - CAHAYA (1994) BMG.



Album ini merupakan album ketiga Sheqal, setelah kedua2 album sebelum ini di terbitkan oleh Manan Ngah dengan berkonsepkan Balada Nusantara.

Album yang berkonsepkan pop-ethnic ini di terbitkan oleh M.Nasir (6 lagu) dan Sheqal sendiri (5 lagu).

Sheqal di bantu oleh Isabella Pek, seorang pensyarah muzik berbangsa Cina dalam membuat susunan lagu. Firdaus Mahmud bertindak sebagai arranger untuk 4 buah lagu.

Di dalam album ini Sheqal sendiri telah mencipta 4 buah lagu. Komposer lain adalah M. Nasir dan Zubir Ali.

Sebuah lagu ciptaan Wan Rastari dan Loloq berjudul “”Mahameru” telah dinyanyikan semula oleh Sheqal. Lagu ini pernah di rakamkan oleh kumpulan Rastari pada tahun 1991.

Album ini telah dirakamkan di Studio Ronggeng dan Studio Booty Boys oleh Wan Rastari dan Alfa Booty. Adunan muzik di buat oleh Wan dan Mr Loh Swee Fa.

Pemuzik sessionist yang hebat2 turut terlibat di dalam album ini. Gary Gideon, Yazit Search, Purnama Booty dan Sahar Lovehunters (Drums); Salman Shariff, Jay-Jay dan Norman (Bass); Rafi Mohd, Aznan Alias (Guitar);
Isabella Pek, Firdaus(Keynoard);

Tiupan seruling Mohar Mohram II  dalam lagu "Ayah" sangat syahdu

Joe Wings turut di jemput untuk “menyolo” dalam sebuah lagu berjudul “Ayah”.

Lagu “ Ratib Orang Lautan” ciptaan Sheqal sendiri, telah berjaya melangkah masuk ke AJL 94 dalam kategori Irama Malaysia, namun telah tewas di tangan lagu “Bonda” ciptaan M. Nasir. Pada tahun tersebut, M.Nasir telah membolot kebanyakan hadiah utama melalui lagu “Tanya Sama Itu Hud-Hud”.

Dua lagu ciptaan Zubir Ali, “Ayah” dan “ Tuhan” amat menarik dan menyentuh perasaan.

Tidak pula dinyatakan siapakah yang mengilhamkan rekabentuk album ini.

Secara keseluruhan album ini adalah amat baik dari semua segi, namun selain dari lagu Ratib Orang Lautan, lagu- lagu kurang di mainkan di radio.

Album ini pada pandangan saya, adalah salah sebuah album masterpiece yang telah di lupakan dan merupakan album terbaik Sheqal. Ia juga adalah salah satu dari album terbitan M.Nasir yang terbaik.

Selepas dari album ini, Sheqal telah menerbitkan sebuah lagi album terbitan Ambang Klasik namun ia kurang berkualiti jika dibandingkan dengan album ini.

CD nya agak langka dan tidak ada keluaran semula. Ia tidak terdapat di itunes, namun lagu- lagu dari album ini kebanyakannya boleh di dengar di Youtube.

Untuk maklumat tentang album ini yang lebih detail bolehlah layari di discogs.

https://www.discogs.com/Sheqal-Cahaya/master/1019754

























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)