HATTAN - ANA PERMATA TIMUR (1993).


HATTAN - ANA PERMATA TIMUR  (1993).  Label WEA




Setelah kejayaan album Antem (1992), beliau terus merakamkan album ini, yang masih mengekalkan M.Nasir sebagai penerbit dan Wan Rastari bersama Firdaus Mahmud bertindak sebagai penerbit bersama.

Semua 10 buah lagu didalam album ini di cipta oleh M.Nasir manakala liriknya pula  di tulis oleh Arwah Rosli Khamis dengan menggunakan nama-nama samaran, Loloq, Kristo Bimbo dan Nurbisa. Selain dari itu beberapa buah lirik dii tulis oleh Bob Lokman dan Usop.

Pemuzik hebat yang terlibat adalah Firdaus dan Zul Mahat (Keyboard); Jay Jay dan Salman Shariff (Bass);Arwah Samad dan Rafi (Guitar); Gary Gideon dan Mohd Nor (Drums)

Rekabentuk kulit album oleh Arwah Jalil Ngah (J. Nagoya).

Lagu2 yang hits dan menarik seperti Rona-Rona Cinta, “Malam Yang Panjang, “Ana Permata Timur”, “Sin City” dan “Hujan Berapi Banjaran Asia Minor”.

CD ini tidak pernah di keluarkan semula dan dalam kategori rare.

Untuk maklumat yang lebih lengkap bolehlah layari discogs.

https://www.discogs.com/release/10952115




























Comments

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)