ALLEYCATS - 2001 (2000)

Alleycats - 2001 (2000) Universal Music Malaysia.


Album ini adalah merupakan album studio Bahasa Melayu yang ke 24 oleh Alleycats.

Umum mengetahui bahawa pada peringkat awal pembabitan mereka, M. Nasir merupakan antara orang yang banyak membantu menaikkan nama Alleycats di persada seni tanahair. Bermula dari album pertama sifu telah bertindak menyumbangkan lagu dan lirik yang menjadi hits di samping menjadi pembantu penyanyi dan pembantu penerbitan album2 Alleycats.

Namun setelah beberapa album pembabitan sifu telah beransur- ansur hilang hinggalah beliau membuat come back dgn menerbitkan album ini.

M. Nasir bertindak sebagai penerbit dengan di bantu oleh Yantoi dan Tam Spider. Rakaman telah di buat di Studio Ronggeng.

Sebanyak 10 buah lagu telah dicipta dimana 8 darinya adalah ciptaan M. Nasir. Satu lagu ciptaan Jayaraman dan satu lagi oleh Afni.

Manakala lirik lagu sumbangan Loloq (3lagu), S. Amin Shahab (2 lagu), Keon, Seth dan Usop.

Ishmael M Shariff menulis lirik pertamanya dengan lagu "Mencari Jelita" ciptaan M. Nasir.

Konsep dan Rekabentuk album telah di buat oleh Nizam Rahmat dan Dinn Earth,Wind &Fire

Uniknya album ini adalah dari segi muzik di mana kali ini, khidmat sessionist telah digunakah untuk mengiringi David dan Loga.

Pemuzik yang terlibat Gary Gideon, Yazit (Drums);Yantoi ( Bass); Nan, Rafi (Guitar); Firdaus Mahmud, Zul Mahat (Keyboard); Tony Spider (Percussion)

Kesemua lagu yang di tampilkan sangat menarik halwa telinga terutama lagu “Setelah Bertahun” ciptaan M.Nasir/Keon dan “Mencari Jelita”  ciptaan M.Nasir/Mael.

Walaubagaimanapun lagu2 dalam album ini kurang mendapat airplay dari radio dan publisiti tentang album ini juga agak kurang.
Ia tenggelami oleh muzik dari luar pada ketika itu, walaupun kualiti album yang di hasilkan amat baik.

CD ini agak langka. Ia antara album yang patut di miliki oleh peminat Alleycats dan pengkagum karya M. Nasir.

Untuk maklumat yang lebih detail tentang album ini anda boleh layari discogs

https://www.discogs.com/Alleycats-2001/release/6326175

Album ini juga boleh juga di dengar di itunes

https://music.apple.com/my/album/alleycats-2001/1442521420

































Comments

  1. Album-album selepas Alleycats 12 susah dah nak masuk kecuali satu dua lagu. This is underrated, issued at wrong time. Banyak lagu makan dalam. Faktor utama - M Nasir.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)