SIRI ALBUM LANGKA : AYATI TASRIP- KHAZANAH DARI MALAYA (1992)



Dah lama tak menulis dalam blog sebab sibuk bekerja dan masa terluang banyak di gunakan untuk upload data album2 Melayu dalam discogs.com untuk di abadikan bagi tatapan generasi akan datang.



Kali ni giliran album pop Melayu Ayati Tasrip. Album ini dikeluarkan pada tahun 1992 dan di terbitkan oleh Wan Zul, terbitan syarikat SCS. Album dirakamkan di King Studio dan melibatkan pemuzik yang hebat/ legend seperti Bong (bass), Gary Gideon (drums), Hillary Ang dan Mus Satira (guitar), Ramli M.S., Kudin Headwind, Zul Mahat, Celestino (Keyboard)

Lagu-lagu yang hit semestinya Khazanah Dari Malaya dan Pulau Kasih Kota Impian, lagu-lagu yang selalu di mainkan di corong2 radio ketika itu. Album ini merupakan album kedua Ayati Tasrip tapi yang pertama dalam bentuk CD. Beliau memiliki suara yang lantang dan tajam dan agak sesuai untuk lagu irama Pop-rock. Namun untuk album seterusnya selepas itu genrenya bertukar kepada dangdut. Lagu yang istimewa dalam album ni bagi aku tentulah Seminit Denganmu ciptaan J.S. Kevin. Lain macam sikit lirik lagu ni... macam- macam interpretasi boleh di buat. Tapi aku rasa macam lagu ni tentang hisap dadah😁

Di bawah ni di senaraikan tracklist dari album ni

Tracklist Hide Credits

1Hati Seorang Kawan
Songwriter – Wan Zul
4:55
2Dilema
Composed By – Bong (11)Lyrics By – Ito Mohd*
4:40
3Seminit Denganmu
Songwriter – J.S. Kevin
5:11
4Gurindam Cinta
Composed By – Siti FamahLyrics By – Nur Ehsan
4:42
5Kata Hiasan Bibir
Composed By – Siti FamahLyrics By – Tok Janggut
5:07
6Pulau Kasih Kota Impian
Composed By – Wan ZulLyrics By – Dol Shafiq
5:48
7Meniti Pecahan Kaca
Composed By – Jeffrey DungunLyrics By – Nurul Asyiqin
4:33
8Pesan Mama
Composed By – King ShahLyrics By – Camar Putih
4:34
9Setia Menanti Duka
Composed By – Wan zulLyrics By – Zur'ain
4:50
10 Khazanah Dari Malaysia
Composed By – Wan ZulLyrics By – Ito Mohd*

Peminat petikan guitar Hillary patut simpan album ni. King Shah Metalasia pun ada menyumbangkan satu lagu dalam album ni.. Kalau ada peluang cuba dapatkan album ni, kerana tenaga produksi yang terlibat pun bukan calang-calang. Rakaman album oleh Zairi Saturnine dan di adun pula oleh Peter Chong... keduanya mereka merupakan legenda muzik tanahair, yang bekerja di belakang tabir.

Untuk Butiran teknikal boleh ke pautan di discogs

https://www.discogs.com/Ayati-Khazanah-Dari-Malaya/release/7588266


Composed By – Wan ZulLyrics By – Ito Mohd*


                                     Pulau Kasih Kota Impian
                                                 

                                                         Composed By – Wan Zul                                                            Lyrics By – Dol Shafiq

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)