Siri Perbandingan Tak Ada Faedah 
ELLA USA -GOLD CD (1994) Vs ELLA USA - 24 BIT LIMITED GOLD EDITION (2018) 



Demam CD limited gold edition, makin menjadi-jadi. Terbaru, dengar khabarnya, semua album2 Ella dan Ramli Sarip akan di keluarkan dlm bentuk gold disc. Siapkanlah duit masing2.

Album Ella USA ini setakat yang terdapat dalam discogs ada 8 versi, termasuk kaset, CD biasa, gold dan promo. Untuk maklumat lanjut boleh check di sini

https://www.discogs.com/Ella-Ella-USA/master/782101


Tapi yang menariknya kali ini, setiap album akan menjalani proses remastering. Jadi amat berbaloi untuk penggemar dan pengumpul muzik, untuk mendapatkan versi terbaru ini kerana selain dari CD emas (bukan CD kuning taik gigi), kita juga akan mendapat bunyi yang berbeza dari versi2 sebelum ini.

Sama ada bunyi akan jadi lebih baik atau sebaliknya, sekurang-kurangnya kita taklah merasa di tipu oleh syarikat dengan bunyi yang sama. Salut atas usaha meningkatkan kualiti bunyi ini.

Dulu keluaran EMI tapi sekarang, walaupun label EMI masih di gunakan tetapi syarikat pemilik hak album ini adalah Universal Music Malaysia. Album ini di cetak dan di edar oleh PMP Entertainment. Kalau nak beli direct dari PMP pun boleh di website mereka

http://www.pmp-entertainment.com/index.php?act=viewProd&productId=1826

Secara fizikal, inlay album terbaru ini sangat berkualiti cetakannya. Hampir sama dengan versi cetakan pertama dulu,kalau tidak lebih baik.



Cetakan pada CD juga berbeza dari versi asal. Agak menarik kerana lebih terserlah warna emas jika di bandingkan dengan versi lama yang berwarna ungu hingga menenggelamkan warna emas. Bagi versi baru ni, timing masa setiap lagu telah di padamkan, mungkin kerana ia berbeza dari yang lama setelah proses remastering di lakukan.




Dari segi bunyi, aku dah pasang beberapa round dalam kereta sepanjang 3 hari ini, bergilir2 kedua2 versi. Pada pendapat patik pacal yang hina ini, memang ada peningkatan dari segi resolusi bunyi..agak nyaring sedikit versi terbaru ini. Dulu-dulu resolusi bunyi cuma 16 bit sahaja. Rakaman album ini di buat di beberapa studio di USA, jadi semestinyalah sound terbaik untuk sebuah album Melayu, pada waktu itu.

Kadang kala terlalu clear bunyinya, setiap instrument boleh di dengar dgn lebih jelas. Pada inlay ada terdapat label Gipfel Audio Pro, suatu system perisian untuk mempertingkatkan kualiti bunyi album ini kepada 24 bit.

Untuk maklumat lanjut boleh klik disini,
 http://www.gsbsummit.com.my/cddevelop.html baca sendiri ok😊





Ada juga terdengar pendapat beberapa orang rakan kolektor yang lebih peka dan menggunakan set up hifi yang lebih canggih, mengatakan bahawa resolusi terlebih2...huhu..entahlah..lepas ni aku akan cuba pulak guna hifi set-up budget aku.

Kesimpulannya, aku menyokong penuh usaha yang murni ini dan berharap semakin lama, kualiti remastering boleh di perbaiki lagi dengan adanya QC yang lebih baik. Bring it on Atok😁...buatlah yang terbaik untuk kepuasan diri dan kawan-kawan.

Comments


  1. "sekurang-kurangnya kita taklah merasa di tipu oleh syarikat dengan bunyi yang sama" - jangan cakap macam tu doc.nanti ada yang hati tisu tandas..hahaha..aku dah pegang,belek2 album ni petang tadi,tapi ternampakkan rock and roll john terus beli album ni.tapi kalau mastering untuk album ni makin sedap bunyinya kira ok la kan.jangan harga je mahal tapi cuma print cd kat US je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata Altimet "....Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas, Siapa Rasa Pedas Kata Aku Main Cakap Lepas...😊
      Tak rela di tipu😊

      Delete
  2. Beli jugak aku cd ni. Takda masa nak dengar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit CD banyak...masa tak banyak..hihi...nanti keluar LP ni😁

      Delete
  3. Terbaik review nya dan foto foto perbandingan tu.

    ReplyDelete
  4. Nak tanya kat sini, taknak kat FB. Dalam inlay, Ella ada bagi kredit pada Richard Marx. Untuk apa?

    ReplyDelete
  5. Nie zaman aku sekolah CDnie. Kawan aku beli CD ugly Kid Joe kat sebelah parkson mintak poster free. Takde, dia bagi buku autograph ellanie. dia bagi kat aku. Dan aku rasa aku simpan lagi. ananti aku geledah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)