SIRI ALBUM LANGKA :  LOGA - BUMI (1994)

Satu-satunya album solo mendiang Loga yang di keluarkan pada zaman populariti Alleycats mula menurun. Alleycats yang popular di awal tahun 80an mula menurun popularitinya di awal 90an.

Dalam album ini terdapat 6 buah lagu dimana satu lagu adalah nyanyian semula (Jika Kau Bercinta Lagi yang asalnya dari album Melayu pertama Alleycat tahun 1979) dan 5 lagi lagu baru. Jadi album ini boleh di kategorikan sebagai sebuah mini album.

Pada waktu yang sama juga David Arumugam juga ada mengeluarkan sebuah mini album dengan 5 lagu yang berjudul Segarkan Cinta Kita. Agaknya strategi syarikat pada waktu tu untuk pisahkan mereka kerana dalam album Alleycats sebelum ini pun biasanya mereka akan bergilir2 untuk menyanyi.

Grafik kulit hadapan yang menarik

Artwork album ini memang sangat menarik. Berkonsepkan alam semulajadi, ala-ala earth tone, di reka oleh Team, seorang pereka grafik untuk kebanyakan album2 keluaran Polygram pada ketika itu.

Tajuk lagu2 dalam bentuk spiral. Memang unik tapi susah nak baca, sakit tengkok..hihi




CD print warna hijau, sesuai dengan konsep bumi hijau

Kulit Kaset


Design print pada kaset juga berseni.


Terdapat 6 buah lagu yang mana 4 lagu di cipta oleh pencipta yg kurang ternama, 1 lagu M.Nasir dan satu lagu dari ciptaan Loga sendiri

1Mahligai Asli
Composed By – Ismaël LôLyrics By – Ali Nusantara

4:47
2Di Kanvas Waktu
Composed By – Hector HoLyrics By – Azman Dungun
3:29
3Jauh Merindu Kampungku
Composed By – Mohd Ramlan ShariffLyrics By – Lukhman S
4:44
4Mimpi Musafir
Written-By – Ram Ghazali
4:15
5Jika Kau Bercinta Lagi
Lyrics By – M. Nasir

Ini versi asal..versi dalam album ni mmg berbeza.
3:28
6Dunia                                                                                                                                               1:58     Written-By – Loga (5)


Memang agak menarik album yang berkonsepkan cintakan alam sekitar. Namun sebagai sebuah mini album dengan 6 lagu memang tak puas.Kalau cukup 10 lagu, mungkin jadi album masterpiece macamalbum Alleycats Drama Kehidupan atau Sudirman Abadi, dua buah konsep album terbaik yang aku pernah dengar.

Album ini, terutama CD nya adalah agak suka untuk di dapati sekarang, kalau ada pun dan di jual bawah RM200 pun mmg agak berbaloi untuk di beli.
Peluang untuk reissue memang tipis. Jadi kalau jumpa rembatttt😁

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)