An avid CD format collector from Malaysia. Main interest in collecting local CDs. Do also collect LP and cassettes.
Listens to all kind of music. General interest in Rock, Pop and Traditional Malay music.
Working as a dental surgeon with the Medini Dental Group in Johor Bahru.
Press Priss Pruss - Ella USA (1994)
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Ella USA, sebuah album ikonik yang pernah menjadi album terlaris jualannya di Malaysia Dimana 350,000 unit kaset dan CD telah terjual. Sehingga ke hari ni jualannya adalah dalam anggaran 600,000 ke 800,000 unit. Ini killer album, semua lagu sedap dan relevan sampai sekarang. \Susah juga nak pilih album terbaik Ella, Ella USA atau Ella 30110?
Berbagai versi CD/VCD Ella USA
Ella USA di terbitkan oleh EMI Malaysia pada tahun 1994. Album yang dihasilkan di beberapa buah studio di California, USA dengan menggunakan khidmat para pemuzik professional dari Amerika dan penerbit Kyoji Yamamoto, seorang guitaris tersohor dari kumpulan Bow Wow, Jepun. Merupakan album pertama di Malaysia yang di rakamkan di USA. Ada ke yang kedua? Hihi Lagu-lagunya pula kebanyakan adalah dari kolaborasi antara Ella dan Kyoji. Terdapat 14 track lagu tetapi 2 darinya adalah lagu-lagu instrumental dengan petikan gitar oleh Kyoji Yamamoto.
Versi terlaris pada peringkat awalnya.semestinyalah versi kaset
CD ini telah diulang cetak beberapa kali dengan yang terakhir pada 2014 oleh Universal Music. Jadi ada berbagai-bagai versi yang wujud dalam pasaran (Collectors Market). Dalam entri kali ini, marilah kita kaji beberapa versi yang aku sempat kumpul, apa perbezaannya dan nilai pasaran semasa. Mana-mana yang aku tak ada tu, bolehlah korang komen nanti. Boleh jugak kalau nak jual murah-murah terutama versi Gold Disc berkotak tu..hihi... CETAKAN PERTAMA GOLD CD (1994) Keluaran paling awal adalah versi gold disc berdasarkan pada nombor siri. Ia berkotak dengan 3 keping poskad dan buku nota percuma.Ini adalah versi idaman kebanyakan kolektor. Harga pasaran sekarang adalah dalam aras RM250 ke atas. Aku ada CD gold disc tapi kotak dan poskad dah hilang😭. Gambar tu cilok dari internet. https://www.discogs.com/Ella-Ella-USA/release/6706022
Tulisan GOLD CD di penjuru kanan atas.
Warna print atas CD maroon
Kotak luar (gambar pinjam)
CD dalam kotak (gambar pinjam)
3 keping poskad di beri percuma (gambar pinjam)
CETAKAN PERTAMA VERSI BIASA(1994) Versi CD dalam jewel casing dan dapat dibezakan melalui nimbor siri dan warna CD dicetak dengab warna merah.selain dari itu ianya adalah sama dengan versi Gold CD. Anggaran dalam RM 100-150.
VERSI CD PROMOSI 7 LAGU (1994) Versi ini merupakan versi yang di berikan percuma kepada DJ radio dan wartawan yang memuatkan 5 lagu nyanyian Ella beserta dengan 2 lagu instrumental. Artwork diatas CD yang menarik dan berwarna hitam.
Versi Promsi
Hanya separuh album asal.
Cetakan berwarnahitam dengan artwork yang unik dan menarik
VERSI ALBUM ROCK TERUNGGUL (2004) Pada sekitar tahun 2004, pihak EMI telah mencetak semula beberapa album era 90an yang popular dalam suatu siri "Album Rock Terunggul" dimana siri tersebut direka tidak mengikut keluaran asal. setiap album berkotak dengan rekabentuk yang lebih kurang sama dan inlay dalam dan CD yang di cetak dengan warna ungu. Entah siapalah punya idea, buruk betul..hihi..
VERSI KELUARAN SEMULA OLEH WARNER MUSIC (2006-2007?) Pihak Warner Music telah di beri lesen untuk mengeluarkan album ini sekitar tahun 2006-2007, mengikut rekabentuk asal tetapi masih menggunakan CD yang sama dengan siri Album Rock Terunggul yang berwarna ungu. Ia merupakan lebihan dari stok CD yang sama. Di bahagian belakang ada di kreditkan pengeluaran dan edaran Warner Music.Boleh juga dibezakan dengan adanya hologram segiempat pada inlay hadapan.
kalau tak buang hologram kan bagus.
Bahagian belakang dengan label putih, kredit kepada Warner Music.
VERSI KELUARAN SEMULA OLEH UNIVERSAL MUSIC (2014)
Versi album yang terbaru di keluarkan oleh Universal music yang telah menelan EMI, dan mengambil alih katalognya. Inlay hadapan telah di cetak dengan label harga RM16.90 dan di cetak dalam anggaran 500 keping. Cetakan warna juga agak kehijauan berbanding dengan versi asal hitam tetapi artwrk asal di kekalkan.
Label merah RM16.90..klau malu boleh tutup dengan sticker..hihi.
VERSI 24 BIT REMASTERED, GOLD DISC LIMITED EDITION KELUARAN UNIVERSAL MUSIC (2018)
Versi terbaru ini adalah versi yang terbaik keluaran Universal kerana cetakan inlay yan berkualiti seperti versi 1st press dan kualiti bunyi di pertingkatkan dari 16 bit kepada 24 bit menggunakan proses perisian Gipfel Audio Pro. Ada perbezaan yang nyata dari segi clarity bunyi.
Versi terbaik setakat ini selepas 1st press dengan cetakan terhad.
VERSI DOUBLE 2 IN 1 : ALBUM ROCK TERUNGGUL ELLA 30110/ USA (2008) Kemungkinan Versi 2 dalam 1 ini di keluarkan untuk menghabiskan stok CD album 30110 dan USA pada zaman akhir kejatuhan empayar muzik EMI. Agak jarang di temui di pasaran.
Merupakan koleksi video muzik yang asalnya dikeluarkan dalam bentuk VHS pada tahun 1995 dan di keluarkan pulak dalam bentuk VCD sekitar tahun 1997. Cover depan yang sangat cantik, patut di jadikan koleksi. hanya 9 muzik video dari 12 lagu dari album dan 2 lagi versi karaoke.
ALBUM KYOJI YAMAMOTO FEATURING MICHAEL THOMPSON-PETIKAN DARI ELLA USA (1994)
Album ini merupakan album instrumental gitar Ella USA oleh penerbit album dan Michael Thompson, iaitu seorang sessionis tersohor yang terlibat pernah terlibat dengan album artis terkenal di Amerika. Album yang ganti suara Ella dengan bunyi gitar. Cuma 10 lagu sahaja yang di instrumentalkan.
kalau ikut info ni aku punya versi keluaran semula warner....tapi aku masih simpan versi kaset yang asal. Kalau tak silap dulu beli kaset dapat sticker....ker sticker tu dapat masa konsert dia...ntah la...lupa dah...
((Standing ovation)) .. aku masih ingat album ni baik kaset dan cd.. yes ada poskad or something tu.. Aku hafal lirik lagu RINDU.. betapa suka aku lagu tu......
Gua mmg respect la sama lu bro! Siap boleh buat artikel pasal ni. Gua mmg kaki susah mati ELLA. Start minat dari album ELLA USA...tapi time tu gua baru was tingkat satu..mampu beli kaset private kat pasar mlm (RM5)..tp tak tahan lama sbb lenjan kaset sampai tali tape bersimpul..terus gua gunting..huhu..then kumpul duit beli kaset original (versi asal - ada buku lirik dan balut kotak juga RM11.90) time tu tahun 1994...gua mmg enjoy habis semua lagu dlm tu...sejak tu gua mmg minat ella...tp ella dah kurang kick bila masuk tahun 1998 album EL..gua dah tak follow sgt ella lepas tu. Apapun gua tetap dptkan album ELLA USA REMASTERED keluaran 2004...gua beli CD dan masih dlm simpanan gua utk kenangan...kaset original 1994 gua dah hilang..maybe mak gua dah bakar huhu
Prima Domestika - Prime Domestic (2017) Aku memang tak pandai langsung main muzik. Tapi aku pernah jadi vokalis untuk band Asrama Kolej semasa menuntut di Universiti Malaya dulu. Itu dululah, kalau sekarang suruh aku nyanyi memang hujan gerenti turun tak berhenti-henti 3 hari 3 malam. Minat aku pada muzik sekarang hanya bertumpu pada aktiviti mengumpul CD, kaset atau LP. Aku sering memuat naik informasi tentang CD Melayu, terutama dalam discogs.com. Dah jadi suatu ketagihan kalau dapat album baru atau info tentang album lama yang di muat naik dalam website Muzik Nusantara, mesti aku cepat-cepat update. Tapi untuk album Prima Domestika ni, aku agak terlambat. Ada insan lain yang dengan gigihnya memuat naik info tentang album yang sememangnya telah lama aku tunggu-tunggu untuk di muat naik ke discogs. Nasib baik info yang ada belum lengkap. Dapatlah aku memuat naik info tambahan. Jadi apa yang istimewa dengan album sulung Prime Domestic (PD) ni? Album ini di jual lebih kur
Saudagar Mimpi...album solo ketiga M.Nasir ( termasuk album Untuk Pencinta Seni yang menggunakan nama Mohamad M.N.), telah dikeluarkan semula dalam bentuk CD "gold disc limited edition" Ini adalah kali ketiga album ini dikeluarkan dalam bentuk CD. Kali pertama dalam tahun 1992 oleh BMG Music, kemudian di antara 2004-2008 oleh label SonyBMG. Keluaran kali ini adalah di bawah label Sony Music dan diedarkan oleh PMP Music Enterteinment. Perbezaan dari segi logo. Sony BMG (tengah) tanpa logo. Printing ketiga2 cover terang. Kertas pun bagus.Tak banyak yg boleh komen. Kalau nak buang hologram tu pun ok jugak, tapi sticker limited edition tu, kenalah simpan, kalau tak orang tak tau benda tu cetak 500 jer( biasanya laa 😁) Tapi sticker tu spoil sebab guna Engllish berterabur. Korang bacalah sendiri. Grammar salah. Kalau tak nampak memang kena masuk kelas English la😊 Versi limited edition dengan inlay lipat tiga(bawah sekali) Harus di puji sebab inlay kali
kalau ikut info ni aku punya versi keluaran semula warner....tapi aku masih simpan versi kaset yang asal. Kalau tak silap dulu beli kaset dapat sticker....ker sticker tu dapat masa konsert dia...ntah la...lupa dah...
ReplyDeleteHuhu..aku pun dah tak ingat benda2 bonus tu..kalau ikutkan masa tu, manalah reti nak simpan benda ni bagai..huhu
DeleteAlbum yang paling banyak hype kata Slash GNR main.
ReplyDeleteItu album Ella El laaaa...bukan USA..hahaha
Delete((Standing ovation)) .. aku masih ingat album ni baik kaset dan cd.. yes ada poskad or something tu.. Aku hafal lirik lagu RINDU.. betapa suka aku lagu tu......
ReplyDeleteGua mmg respect la sama lu bro! Siap boleh buat artikel pasal ni. Gua mmg kaki susah mati ELLA. Start minat dari album ELLA USA...tapi time tu gua baru was tingkat satu..mampu beli kaset private kat pasar mlm (RM5)..tp tak tahan lama sbb lenjan kaset sampai tali tape bersimpul..terus gua gunting..huhu..then kumpul duit beli kaset original (versi asal - ada buku lirik dan balut kotak juga RM11.90) time tu tahun 1994...gua mmg enjoy habis semua lagu dlm tu...sejak tu gua mmg minat ella...tp ella dah kurang kick bila masuk tahun 1998 album EL..gua dah tak follow sgt ella lepas tu. Apapun gua tetap dptkan album ELLA USA REMASTERED keluaran 2004...gua beli CD dan masih dlm simpanan gua utk kenangan...kaset original 1994 gua dah hilang..maybe mak gua dah bakar huhu
ReplyDeleteAlbum yg tak ditelan zaman. Sampai sekarang masih layan album ni setiap malam sebelum tidor.
ReplyDelete