Posts

Image
Siri Perbandingan Tak Ada Faedah  ELLA USA -GOLD CD (1994) Vs ELLA USA - 24 BIT LIMITED GOLD EDITION (2018)  Demam CD limited gold edition, makin menjadi-jadi. Terbaru, dengar khabarnya, semua album2 Ella dan Ramli Sarip akan di keluarkan dlm bentuk gold disc. Siapkanlah duit masing2. Album Ella USA ini setakat yang terdapat dalam discogs ada 8 versi, termasuk kaset, CD biasa, gold dan promo. Untuk maklumat lanjut boleh check di sini https://www.discogs.com/Ella-Ella-USA/master/782101 Tapi yang menariknya kali ini, setiap album akan menjalani proses remastering. Jadi amat berbaloi untuk penggemar dan pengumpul muzik, untuk mendapatkan versi terbaru ini kerana selain dari CD emas (bukan CD kuning taik gigi), kita juga akan mendapat bunyi yang berbeza dari versi2 sebelum ini. Sama ada bunyi akan jadi lebih baik atau sebaliknya, sekurang-kurangnya kita taklah merasa di tipu oleh syarikat dengan bunyi yang sama. Salut atas usaha meningkatkan kualiti bunyi ini. ...

SIRI ALBUM LANGKA : LOGA - BUMI (1994)

Image
Loga - Bumi (1994). Label: Philips. - Satu-satunya album solo mendiang Loga yang di keluarkan pada zaman populariti Alleycats mula menurun. Alleycats yang popular di awal tahun 80an mula menurun popularitinya di awal 90an. - Pada waktu yang sama juga David Arumugam juga ada mengeluarkan sebuah mini album dengan 5 lagu yang berjudul “Segarkan Cinta Kita”. - Agaknya strategi syarikat pada waktu tu untuk pisahkan mereka kerana dalam album Alleycats sebelum ini pun biasanya mereka akan bergilir2 untuk menyanyi. - Mendiang Loga menerbitkan album ini bersama Man. - Pemuzik terlibat cuma Jimmy Lee (Drums) dan Eddie Marzuki ( semua alat muzik lain). Eddie juga bertindak sebagai album arranger. - album di rakamkan di Lion Studio. Di rakam dan diadun oleh Tiang. - terdapat 6 buah lagu dimana satu lagu adalah nyanyian semula (Jika Kau Bercinta Lagi yang asalnya dari album Melayu pertama Alleycat tahun 1979) dan 5 lagi lagu baru.  - “Jika Kau Bercinta Lagi” masih mengekalkan arrangement yang s...

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)

Image
Ella USA, sebuah album ikonik yang pernah menjadi album terlaris jualannya di Malaysia  Dimana 350,000 unit kaset dan CD telah terjual. Sehingga ke hari ni jualannya adalah dalam anggaran 600,000 ke 800,000 unit. Ini killer album, semua lagu sedap dan relevan sampai sekarang. \Susah juga nak pilih album terbaik Ella, Ella USA atau Ella 30110? Berbagai versi CD/VCD Ella USA Ella USA di terbitkan oleh EMI Malaysia pada tahun 1994. Album yang dihasilkan di beberapa buah studio di California, USA dengan menggunakan khidmat para pemuzik professional dari Amerika dan penerbit Kyoji Yamamoto, seorang guitaris tersohor dari kumpulan Bow Wow, Jepun. Merupakan album pertama di Malaysia yang di rakamkan di USA. Ada ke yang kedua? Hihi Lagu-lagunya pula kebanyakan adalah dari kolaborasi antara Ella dan Kyoji. Terdapat 14 track lagu tetapi 2 darinya adalah lagu-lagu instrumental dengan petikan gitar oleh Kyoji Yamamoto. Tracklist Hide Credits 1 Menanti Lyrics By –  Ell...