Posts

Showing posts from June, 2020
Image
SHEQAL - CAHAYA (1994) BMG. Album ini merupakan album ketiga Sheqal, setelah kedua2 album sebelum ini di terbitkan oleh Manan Ngah dengan berkonsepkan Balada Nusantara. Album yang berkonsepkan pop-ethnic ini di terbitkan oleh M.Nasir (6 lagu) dan Sheqal sendiri (5 lagu). Sheqal di bantu oleh Isabella Pek, seorang pensyarah muzik berbangsa Cina dalam membuat susunan lagu. Firdaus Mahmud bertindak sebagai arranger untuk 4 buah lagu. Di dalam album ini Sheqal sendiri telah mencipta 4 buah lagu. Komposer lain adalah M. Nasir dan Zubir Ali. Sebuah lagu ciptaan Wan Rastari dan Loloq berjudul “”Mahameru” telah dinyanyikan semula oleh Sheqal. Lagu ini pernah di rakamkan oleh kumpulan Rastari pada tahun 1991. Album ini telah dirakamkan di Studio Ronggeng dan Studio Booty Boys oleh Wan Rastari dan Alfa Booty. Adunan muzik di buat oleh Wan dan Mr Loh Swee Fa. Pemuzik sessionist yang hebat2 turut terlibat di dalam album ini. Gary Gideon, Yazit Search, Purnama Booty dan Sahar Love

HATTAN - ANA PERMATA TIMUR (1993).

Image
HATTAN - ANA PERMATA TIMUR  (1993).  Label WEA Setelah kejayaan album Antem (1992), beliau terus merakamkan album ini, yang masih mengekalkan M.Nasir sebagai penerbit dan Wan Rastari bersama Firdaus Mahmud bertindak sebagai penerbit bersama. Semua 10 buah lagu didalam album ini di cipta oleh M.Nasir manakala liriknya pula  di tulis oleh Arwah Rosli Khamis dengan menggunakan nama-nama samaran, Loloq, Kristo Bimbo dan Nurbisa. Selain dari itu beberapa buah lirik dii tulis oleh Bob Lokman dan Usop. Pemuzik hebat yang terlibat adalah Firdaus dan Zul Mahat (Keyboard); Jay Jay dan Salman Shariff (Bass);Arwah Samad dan Rafi (Guitar); Gary Gideon dan Mohd Nor (Drums) Rekabentuk kulit album oleh Arwah Jalil Ngah (J. Nagoya). Lagu2 yang hits dan menarik seperti Rona-Rona Cinta, “Malam Yang Panjang, “Ana Permata Timur”, “Sin City” dan “Hujan Berapi Banjaran Asia Minor”. CD ini tidak pernah di keluarkan semula dan dalam kategori rare. Untuk maklumat yang lebih lengkap bolehla