Posts

Dato Shake - Sebelum Kau (1994). Label: Sony Music.

Image
  - album “Sebelum Kau” adalah album Melayu ke-7 beliau. - album ini di terbitkan oleh Arwah Johan Abdullah @ JP. - rakaman album di buat di Booty Boys dan Prima Studio oleh  Stone, Is, Jay Jay dan Wayne. - pemuzik yang terlibat adalah Mus Satira (Guitar); Johari Teh (Guitar Akustik); Surya Booty ( Bass, Percussion, Saxophone); Jarijaffar Jari (Saxaphone) dan Arwah JP (Keyboard/Piano). - suara latar oleh Hasnol, Ning Baizura dan Kamal. - kerja kerja programming dan susunan muzik semuanya oleh JP. Malah album ini boleh dikatakan album kolaborasi antara beliau dan Dato Shake. - rekabentuk album oleh Arwah Jalil Ngah dan Simon Kok. - Dato Shake mula meletup pada tahun 1983 dengan album “Kau Bungaku” terbitan Ahmad Nawab di bawah label MRC. - beliau kemudiannya berhijrah ke syarikat antarabangsa WEA dan di sana menghasilan 4 buah album. Setelah itu beliau menghasilkan sebuah album dengan PMC. - album ini adalah terbitan syarikat Kemas Pasti Sdn Bhd. dan di edarkan oleh Sony Music. - inilah

Tribute Ramli Sarip - Ikhlas Daripada Jamal, Imi, M.Nasir, Poe, Iwan, Dessy, Iklim, Hattan, Jay-Jay, Nora, Maman, Baba, Emma (1994). Label: WEA.

Image
  - album tribute dengan 12 lagu rakaman baru lagu-lagu popular ciptaan dan nyanyian Ramli Sarip. - majoriti artis adalah di bawah label Warner Music dengan M. Nasir dan Imi Phewiitt! sebagai artis jemputan dari BMG. - penerbit album adalah Razman sementara  susunan lagu oleh Razman dan Firdaus Mahmud kecuali lagu “Restu Yang Abadi” oleh Greg Henderson. - Nasser Abu Kassim bertindak sebagai Penerbit Eksekutif dan juga terlibat sebagai pemain bass/ backing vokal majoriti lagu-lagu dalam album ini. - Ketukkan drum dari Zahid Ahmad boleh di dengar dalam 6 dari 12 lagu dalam album ini. - Firdaus bermain keyboard dalam 8 lagu.  - permulaan album oleh Dessy Fitri yang membawakan lagu “Istilah Bercinta” dengan nada tinggi memang terbaik. - Imi Phewitt! menyampaikan lagu “Teratai” sambil di iringi petikan gitar Kid Search. - selain Kid, Guitar hero yang telibat adalah Nan Aidit Alfian dan Shahrul Ekamatra. - pemilihan lagu dan artis yang di pilih amatlah kena dan tepat. Setiapa artis berjaya m

Hattan - Palestine

Image
Hattan - Palestin (2002) Album ini terhasil selepas Hattan tamat kontrak 3 tahun dengan Sony Music. Semua 10 lagu adalah berkisar tema perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis di Baitul Muqaddis. Ia di terbitkan bersama oleh M. Nasir dan Hattan sendiri. Dari 10 lagu dalam album ini 6 dicipta  oleh Sifu. 3 lagu dari Tam(2 lagu) dan Nafie Spider. Seperti biasa majoriti lirik di tulis oleh Arwah Loloq, Bob Lokman dan Syed Seth. Satu lagu sumbangan Ishmael M Shariff. Hattan juga telah merakam semula lagu “Suara Binasa” yang di petik dari filem “Selubung” (1992), ciptaan Shah Sharif dan lirik oleh pengarah terkenal Datuk Suhaimi Baba. Pemuzik yang terlibat merupakan pemuzik grade “A”. Semua anggota Spider terlibat secara aktif dalam penghasilan album ini. Sham Kamikaze, Man Kidal, Nafie (Gitar); Zul Mahat (Keyboard); Ujang Exists(Drums); JayJay,Tony Spider, Yantoi (Bass). Keseluruhan album dirakamkan dan di adun di Studio Ronggeng oleh Nafie Spider dan Rahmad Ayob. Rekaben