
Prima Domestika - Prime Domestic (2017) Aku memang tak pandai langsung main muzik. Tapi aku pernah jadi vokalis untuk band Asrama Kolej semasa menuntut di Universiti Malaya dulu. Itu dululah, kalau sekarang suruh aku nyanyi memang hujan gerenti turun tak berhenti-henti 3 hari 3 malam. Minat aku pada muzik sekarang hanya bertumpu pada aktiviti mengumpul CD, kaset atau LP. Aku sering memuat naik informasi tentang CD Melayu, terutama dalam discogs.com. Dah jadi suatu ketagihan kalau dapat album baru atau info tentang album lama yang di muat naik dalam website Muzik Nusantara, mesti aku cepat-cepat update. Tapi untuk album Prima Domestika ni, aku agak terlambat. Ada insan lain yang dengan gigihnya memuat naik info tentang album yang sememangnya telah lama aku tunggu-tunggu untuk di muat naik ke discogs. Nasib baik info yang ada belum lengkap. Dapatlah aku memuat naik info tambahan. Jadi apa yang istimewa dengan album sulung Prime Domestic (PD) ni? Album ini di jual lebih kur...